DUNIA DI SEBALIK TEMBOK

TARIKH TERBIT: 27 APRIL 2021

ISBN: 978-967-2925-08-8

PENULIS: MKHARA

PENERBIT: SMARTWORK SOLUTION PUBLISHING & TRAINING

MUKA SURAT: 515

HARGA: RM79 

PENGENALAN: 

Buku ‘Dunia Di Sebalik Tembok’ini juga menyingkap pelbagai isu kehidupan dalam penjara. Bagaimana ianya dijalani setiap hari oleh segelintir insan yang tewas pada kesilapan serta penyelesaian dalam bentuk pemulihan yang tidak pernah dipinggirkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Dalam ianya menyediakan ruang penahanan bagi maksud pelaksanaan hukuman atas satu kesalahan, di dalamnya juga tersedia pelbagai perkara yang membina keinsanan. Ianya bukan sekadar penceritaan. Buku ini sarat dengan pengajaran kepada orang lain disamping harapan dan hasrat yang tidak pernah padam dari setiap hati penghuninya yang terpaksa melalui satu fasa kehidupan yang jauh berbeza dari dunia luar yang penuh kebebasan.

Jalanilah hidup dengan baik. Hargai mereka yang disayangi dan juga yang menyayangi kamu. Hindari kesilapan dan cepat belajar daripadanya. Carilah setiap keinginan itu dengan susila agar beroleh kebahagiaan hakiki. Ingat, jangan sampai menjadi penghuni dunia di sebalik tembok ini angkara kealpaan.

Percayalah! Dunia ini bagaikan roda, jika hari ini aku bergelar pesalah, mereka menjadi banduan, anda juga boleh menjadi penghuni penjara jika tersalah langkah dalam kehidupan.

Maka, berhati-hatilah! Buku ini memaparkan kisah benar kehidupan di dalam penjara yang ditulis oleh bekas pesalah yang menjalani hukuman lebih 10 tahun. Amat berbaloi memilikinya. 

Dapatkan segera: 

wasap.my/60143533543/DuniaDiSebalikTembok

THROWBACK PROSES EDITING BUKU DUNIA DI SEBALIK TEMBOK

Dibukukan jadi 1 jilid lepas compile manuskrip dari penulis asal yang tulis guna bahan terpakai dari dalam penjara.
——
Ketika menerima manuskrip catatan dari penjara, setebal 572 muka surat, saya tertanya-tanya bagaimana penulis ini menulisnya ketika berada dalam penjara? Pastinya tidak mudah.
Lalu saya bertanya kepada penulis itu, dan saya dapat jawapannya semalam.
‘Setiap hari selasa dan khamis, ada roti cream cracker diagih-agihkan kepada penghuni. Saya akan pungut semua kertas cream cracker dan kumpul. Di atas kertas itulah saya menulis menggunakan pensel kontot. Satu hari ada pembersihan dalam blok, semua hasil penulisan saya dirampas yang sudah masuk bab 10. Sedih betul masa tu. Saya mulakan lagi penulisan. Lama kelamaan, saya dapat lesen untuk diberikan buku log dan alat menulis. Bersyukur sangat, di atas buku log itulah saya menulis sehingga buku itu lusuh. Dengan menulis, hari-hari yang saya lalui dalam penjara tidak begitu terasa, 11 tahun lamanya. Kini saya sudah bebas, dan impian saya ialah mahu penulisan ini terbit. Inilah sumbangan kecil saya buat masyarakat’
Allahu, terkedu saya. Patutlah setiap luahan dalam buku itu begitu terasa. Rasa rindu, rasa kesal, penyesalan, sabar, redha, semuanya benar-benar menyentuh hati.
Saya masih dalam proses menyunting naskah ini untuk diterbitkan. Tapi asyik-asyik menangis saja.
Pada kita yang bebas ini, apakah pula halangan kita untuk menulis?
Semoga kisah ini memberi inspirasi buat kita semua.
Tisu mana tisu?
#FS
—-

Biasa juga saya membaca surat. Surat tawaran, surat beranak, surat nikah, surat saman dan macam-macam lagi surat.
Tapi surat yang saya terima dari MKHARA ini membuatkan saya gementar.
Ia surat dari penjara yang ditulis atas kertas cream cracker.
Luahan rasa rindu oleh para perindu dari tembok batu.
Rindu teramat pada orang tersayang, tapi tidak boleh jumpa.
Yang boleh hanyalah meluahkan rasa itu atas sekeping kertas cream cracker yang menjadi rebutan dalam penjara.
Kita yang bebas ini, tidak pernah pandang betapa berharganya nilai sekeping kertas pembungkus biskut.
Inilah maksud saya, pengajaran buku DUNIA DI SEBALIK TEMBOK, kita bersyukur pada perkara kecil.
Tengah fikir, perlu tidak masukkan warkah ini dalam buku?
Anda rasa?

Dapatkan segera buku ini:

wasap.my/60143533543/DuniaDiSebalikTembok

Penyanyi popular, Ameng Spring telah mendapatkan buku ‘Dunia Di Sebalik Tembok’.
Yang pernah merasai, pastinya lebih memahami isi buku ini.