Assalamualaikum puan, boleh tak nasihati saya agar siapkan manuskrip. Sudah bertahun saya simpan, tapi tidak siap-siap. Entahlah, kadang rajin, kadang semangat, tapi kejap saja. Akhirnya bersawang saja penulisan saya tidak jadi pun buku’

.
.
Terdiam juga sebentar mencari jawapan yang paling tepat.
Ini jawapan saya,
‘Ketika ini saya sedang edit manuskrip ‘Dunia Di Sebalik Tembok’ setebal 500++ yang ditulis sepenuhnya dalam penjara. Jika saya cerita tentang penulisan saya sendiri, mungkin sudah agak klise. Cabaran biasa-biasa saja. Bayangkan penulis yang menulis dalam penjara itu. Dia ceritakan juga segalanya tiada yang mudah. Dari mendapatkan kertas, menulis hanya di kertas cream cracker guna pensel kontot sehingga habis digunakan, dan sebatang pen yang asyik hilang dakwat. Kemudahan internet dan buku rujukan untuk mencari maklumat jauh sekali, semua penulisan berdasarkan apa yang dia lihat, apa yang dia rasa dan fikirkan. Cari meja kerusi untuk keselesaan menulis, semua itu tiada. Namun, selepas dia bebas, dikumpulkan semua penulisannya mungkin boleh diterbitkan lagi beberapa buah buku’
‘Saya bertanya kepada penulis itu, apa yang menyebabkan tuan begitu semangat dan mampu mengharungi segala keterbatasan menulis dalam penjara?’
Jawapannya adalah,
‘Niat saya adalah untuk memberitahu anak generasi agar jauhi jenayah. Jangan masuk penjara. Di dalamnya tiada apa-apa yang membahagiakan selain dari keperitan. Sebab itu saya tulis apa yang telah saya sendiri lalui selama 11 tahun di dalamnya, walau saya tidak pernah pun belajar menulis sebelum ini. Saya mahu beri kesedaran agar jangan tersilap langkah seperti saya dan mereka yang senasib.’
.
.
Nampak tidak apa yang menyebabkan sesuatu penulisan itu berhasil?
Bukan bakat, bukan guru, bukan rujukan, bukan kepelbagaian kemudahan yang kita perolehi. Bukan.
Tetapi, yang menyebabkan sesuatu itu berhasil adalah NIAT.
This is The Power Of NIAT.
Sebelum menulis, tanyakan pada diri,
KENAPA AKU MENULIS?
KENAPA TIDAK BOLEH TIDAK, AKU HARUS MENULIS SEHINGGA TERBIT?
Jika kita dapat jawapan dengan jelas, kita tiada sebarang alasan lagi untuk menulis sebaliknya akan terus cari JALAN untuk menyiapkannya.
Insya-Allah!
Dapat sesuatu?

#FS