Bagaimana menulis buku sehingga siap?

  1. Uruskan masa dengan baik

Ramai sekali orang mengadu pada saya, ‘Saya tidak ada masa untuk menulis’ ‘Sibuk memanjang, itu sebab buku saya tidak siap-siap sehingga 3 tahun’.

Baik, tentang MASA, kita semua dikurniakan 24 jam sehari.

Ada seorang Doktor Perubatan, beliau adalah penulis prolifik. Setahun, dia boleh menulis sehingga empat buah buku.

Kita semua tentu sangat maklum tentang kerjaya seorang doktor bukan? Namun, beliau tetap boleh siapkan buku.

Ingat semula ‘BIG WHY’ anda, lalu, kenapa perlu beralasan lagi?

2. Usah terlalu mencari kesempurnaan 

Ketika menulis, usah terlalu mencari kesempurnaan pada awalnya. Tulis saja dulu idea yang hadir itu. Kemudian, bila tiba masanya. Barulah diperbetulkan.

Ada 5 peringkat menulis:

1)         Drafting

2)         Prewriting

3)         Revising

4)         Editing

5)         Publishing

Lakukan 3 perkara ini ketika proses pertama iaitu DRAFTING:

  1. Ketika menulis, usah banyak berfikir. Tulis saja dulu. Nanti boleh edit. Jika terlalu banyak berfikir, satu ayat pun susah untuk disiapkan.
  2. Usah minta pandangan orang lain, sebab yang menulis itu adalah kita. Jiwa kita tidak sama dengan jiwa orang lain. Siapkan dahulu manuskrip anda, kemudian baru minta pandangan orang lain yang rapat dengan anda.
  3. Usah terlalu bergantung pada tajuk. Tulis dulu sampai siap, dan akhirnya baru diletakkan tajuk supaya idea kita tak terbatas pada tajuk awal yang kita pilih.

3. Tetapkan ‘dateline’

Tetapkan due-date. Penetapan masa ini akan menyebabkan otak kita memerah idea semaksimum mungkin demi mencapai target.

4. Siapkan cover buku sementara lebih awal

Teknik agar minda kita cenderung mengikut penetapan due-date:

  1. Visualkan buku pertama
  2. Bayangkan keseronokan anda memegang buku anda sendiri
  3. Siapkan cover buku awal-awal dan lihat setiap hari

5. Kongsikan progress buku di media sosial

Ketahuilah hebahan awal ini memberi semangat buat anda. Ini mungkin membuatkan follower anda tertunggu-tunggu buku anda.

Nak info lagi?

Facebook Group:

Belajar Menulis Buku Formula W.R.I.T.E -Fast Track