7 Teknik Menulis Buku Motivasi & Inspirasi Yang Berkesan

  1. Tulis perkara yang dapat bantu pembaca anda selesaikan masalah mereka

Bagaimana teknik menulis buku motivasi itu beri kesan kepada pembaca? Caranya, melalui kepakaran yang anda ada, fikirkan masalah yang dihadapi oleh bakal pembaca anda?

Contoh:

Anda pakar dalam bidang perniagaan. Dan anda rasa anda ada ilmu bagaimana naikkan semangat team syarikat agar ada peningkatan jualan. Jadi, tulislah ‘Rahsia Teamwork Berjaya’. Tulis ‘step by step’ caranya dengan jelas.

 

2. Tulis dengan ayat yang berhikmah, bukan menghukum

Penulisan berkesan adalah yang berhikmah, bukan menghukum. Contohnya, 

Yang berhikmah:

‘Dulu aku selalu persoalkan kehidupan ini yang seperti tidak adil untuk aku, apa yang aku minta tidak dapat, yang aku tidak minta itu yang dapat. Namun, hari ini aku sedar bahawa Allah SWT sangat terperinci mengatur takdirNya. Ia sangat-sangat indah bila dinikmati. Terima kasih Ya Allah’

Yang menghukum:

Aku tidak mahu jadi guru, tapi dipaksa oleh ayahku. Aku stress, kenapa aku dipaksa memilih yang ‘itu’, sedangkan aku ada pilihan lain. Kenapa mereka tidak sayangkan aku? Kejamkah diriku sehingga terpaksa menerima semua ini? 

3. Tulis dengan ayat yang menyentuh, bukan mengarah

Pernah tak anda baca buku motivasi, kemudian lepas tu anda rasa tiada sebarang kesan dalam hati. 

Mungkin sebabnya adalah terlalu banyak ayat-ayat mengarah.

Contoh ayat mengarah:

  • Kamu harus belajar hingga masuk Universiti

Contoh ayat menyentuh

  • Betapa bahagianya hati seorang ibu dan ayah bila lihat anaknya berjaya hingga ke menara gading. Anak-anak, gembirakan hati kedua orang tuamu. 

Ayat kedua iaitu menyentuh hati pastinya lebih mendorong anda untuk belajar bersungguh-sungguh. Betul kan?

4. Tulis dengan menggunakan perkataan positif 

 

Dalam penulisan yang berkesan, jangan masukkan perkataan yang negatif. Caranya adalah tetap mencari perkataan positif untuk menggantikan perkataan negatif.

Contoh 1: 

Jangan malas untuk belajar.

Ubah ke

Orang yang berjaya adalah yang rajin belajar.

Contoh 2:

Saya ingin selesaikan hutang tahun ini

Ubah ke

Saya ingin selesaikan amanah pada tahun ini.

5. Tidak membuka aib sesiapa

Berhati-hati ketika menulis, jangan sampai membuka aib sesiapa. Contohnya anda menulis tentang Wanita dan Kerjaya. Anda tulis pula yang anda selalu sedih sebab suami tidak bantu mengemas rumah. Jangan tulis macam tu ya, seperti memberi gambaran sebenar tentang sifat tidak baik suami anda. Ingat, buku ini kita mahu tulis untuk beri manfaat pada orang lain, bukan sebarkan aib. Faham kan?