MY JOURNEY

ADA APA DENGAN DENGAN TERAPI MENULIS?

KETIKA BERUSIA 11 TAHUN, IBU SAYA TELAH DISAHKAN 'SCHIZOPHRENIA'. KETIKA ITU SAYA AMAT SEDIH MENERIMA TAKDIR INI. NAMUN, SELEPAS 22 TAHUN MENJAGA IBU, SAYA DAPATI ADA HAL YANG ALLAH SWT HADIAHKAN IAITU ILMU BAGAIMANA UNTUK TENANG BERDEPAN DENGAN UJIAN DALAM HIDUP. ATAS PENGALAMAN YANG AMAT BERMAKNA INI, SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENULIS BUKU, WALAUPUN SAYA BELAJAR 10 TAHUN DALAM BIDANG SAINS.

Pepatah ada mengatakan, ‘kita tidak mampu mengubah sejarah, tetapi kita mampu CIPTA SEJARAH.

Antara objektif perjuangan saya dalam penulisan adalah ingin menjawab tentang:

  1. Bagaimana menghadapi ujian hidup dan menerima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka?
  2. Bagaimana menyusun pemikiran kusut menjadi kemas?
  3. Bagaimana menjadi tabah menghadapi ujian hidup?
  4. Kenapa hati selalu tidak tenang?
  5. Apa terapi untuk beroleh jiwa yang tenang?
  6. Ada apa dengan ujian?
  7. FORMULA SUKSES TENANG

Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri yang berjuang membantu ibu agar tenang setiap hari.

Kini ibu saya disahkan ‘bipolar disorder’ perlu bantuan ubat penenang yang dibekalkan dari hospital mengikut dos yang ditetapkan setiap hari. 

Dari situ, saya lihat betapa dalam hidup ini, ada sesuatu yang sangat ‘mahal’ untuk kita kecapi. Iaitu ‘KETENANGAN’. 

Jika dulu saya selalu menangis dengan ujian besar dalam hidup ini, kini saya tetap menangis lagi. Menangis kesyukuran atas ujian yang menimpa. 

Dengan ujian, saya mengenal diri. Kini, saya ingin membantu lebih ramai orang untuk merasai nikmat dan makna hidup ini dengan berkarya secara konsisten.

Inilah perjuangan saya sehingga tiba masanya dijemput pulang ke negeri Abadi.

Insya-Allah!

Farrawati Sabli (Writer, Motivator & Write Therapy Expert)

KENALI PENULIS

Puan Farrawati Hj Sabli

Penulis, Penceramah Motivasi & Pengasas W.R.I.T.E Therapy Academy

Akademik:

  • Diploma Sains, UiTM (2003)
  • Ijazah Sarjana Muda, Biologi Pemuliharaan, Sekolah Sains dan Teknologi, UMS (2007)
  • Ijazah Sarjana, Pemajuan Biodiversiti, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, UMS (2011)

Penulisan Buku Motivasi:

  • 7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup (Self-Publish) (2016)
  • Evolusi Mindset: Terima Kasih Ujian (Self-Publish) (2017)
  • Formula Kejayaan & Ketenangan Evolusi Mindset (Self-Publish) (2017)
  • Ada Apa Dengan Ujian (Karya Bestari, Karangkraf)
  • Anda Tenang Anda Menang! (Smartwork Solution Publishing & Training) (2019)
  • Ingin Hidup Tenang (Siri 1) (Smartwork Solution Publishing & Training) (2020)
  • 10 Teknik Mudah Tulis Dan Terbit Buku Dengan ‘Smartwriter Kit’ (Smartwork Solution Publishing & Training)
  • Rahsia Menulis Takdir Yang Tertulis- 7 Rahsia Hidup Tenang Dan Bahagia Dengan Penulisan Kisah Hidup (Smartwork Solution Publishing & Training) (2021)

Modul Bengkel Penulisan:

  1. SMARTWRITER KIT (Cipta momentum menulis hingga terbit buku)
  2. MEMOIR (The art of personal brand storytelling from Al-Quran)
  3. WRITE (Your Brand Story Solution)

 Pengalaman Profesional:

  • Terlibat dalam ceramah motivasi kepada lebih 5000 pelajar sekolah rendah dan menengah di Sabah sejak tahun 2017.
  • Terlibat dalam bengkel penulisan dengan teknik SMARTWRITER, MEMOIR dan WRITE.
  • Pengasas Syarikat SmartWork Solution Publishing & Training yang melatih dan telah menerbit 24 buah buku penulis baru sejak tahun 1 Januari 2020.

W.R.I.T.E JOURNEY (2015-2022)

Bermula tahun 2018, Puan Farrawati telah menganjurkan bengkel penulisan di Kota Kinabalu menggunakan modul SMARTWRITER, iaitu atas pengalaman sendiri menulis buku sehingga terbit. Di hujung tahun 2019, satu lagi modul telah terhasil iaitu MEMOIR. 

Setelah membuat penambahbaikkan, dan hasil maklumbalas positif dari peserta sebelum ini, modul SMARTWRITER DAN MEMOIR menjadi WRITE. Ia adalah satu teknik pantas menulis buku sehingga terbit. Ia lebih ringkas dan mudah. 

MISI WRITE (Since 2015)

Membantu usahawan, trainer, motivator dan golongan profesional yang ingin menulis buku tetapi tidak tahu bagaimana memulakannya sehingga siap untuk beri inspirasi pada masyarakat.

Seterusnya, formula WRITE boleh digunakan untuk membantu individu meleraikan kekusutan jiwa yang tidak tenang dan yang tertekan dengan ujian hidup untuk kembali melihat keindahan Al-Quran agar hidup lebih bermakna, berjaya dan bahagia. 

MENTORING & COACHING ONE TO ONE

  1. WRITE THERAPY 1.0 (HOW TO FIND YOUR PASSION?)
  2. WRITE THERAPY 2.0 (HOW TO FIND YOUR KHALIFAH CODE) 
  3. WRITE THERAPY 3.0 (WRITE TO HEAL)

BUKU-BUKU INSPIRASI YANG TELAH DITERBITKAN

TAHUN 2020-2021

1) Bagaimana penjual nasi bungkus jadi jutawan emas - Ika Sahajam
2) Love Yourself - Suzieliana Tiblani
3) A Hero's Journey -Alvin Azril Mahat
4) Rahsia Pelan Strategik Diri - Norti Sirin
5) A Cup Of Coffee - Suriati Rudin
6) Memoir Bakhtiar Effendi Yahya - Farrawati Sabli
7) Kisah Guru Sabli Hj Nanti Jadi Wira Masyarakat
8) Aku Tetap Melangkah - Wilyawaty Dzulkiflie
9) Catatan Rindu Infiniti - Hamida Asin
10) Cerita Kenangan Si Sakil - Stanley Loong
11) A Rhythm Of Life - Hartini Taman
12) Ukiran Hati -Atie Rudy
13) Ada Apa Dengan Rezeki - Farrawati Sabli
14) Travelog Hati Seorang Mualaf - Naba
15) Travelog Hijrah Mengenal Tuhan - Nurain Pulin Sayau
16) Kasut Koyak - Husbah Haris
17) Dari Peti Surat Bunda - Nadia Noor
18) Tentang Hati - Norhayati Asmat
19) Dunia Di Sebalik Tembok -MKHARA
20) Cerita Cinta Kita - Atie Rudy
21) Anak Kecil Berjiwa Kental - Zaiton Mohamad