ADA APA DENGAN REZEKI

RM35

Kadang-kadang kita sedih, kenapa rezeki kita tidak mudah? Walhal setiap hari kita terus mencari rezeki. Terasa penat mengejar rezeki saban hari, tapi rezeki itu seperti semakin menjauh dari kita. Kadang ia sudah ada dalam genggaman, namun terlepas pada orang lain. Lalu kita kecewa dan mengeluh,

“Penatnya mencari rezeki, tidak berbaloi semua usahaku? Di mana silapnya? Usaha sudah dilakukan namun selalu hampa.”

Kawan, saat kita mula berhenti dan bertanya, ‘Di mana silap aku?’ Itu adalah yang terbaik. Kadang kesilapan kita adalah terus mempersoalkan, bukan mencari jawapan. Ketika kita terus mempersoalkan takdir, disitulah hati remuk sedih. Namun ketika kita cuba untuk mencari jawapan dan mula berusaha membaca hikmah setiap takdir, disitulah hadirnya sebuah ketenangan.

Description

Apa Kata Mereka?

 

Bagi saya buku ini amat bagus. Beberapa kali saya tersentap dengan pesanan-pesanan yang dilontarkan dalam karya ini. Cepat-cepat saya audit diri. Bagaimana dengan sedekahku? Istiqamah atau tidak? Kenapa rezeki aku masih jauh? Adakah aku telah mengenal potensi diriku? Banyak lagi persoalan yang terpasak di minda tatkala membaca isi karya ini. Selain ianya banyak memaparkan ayat-ayat al-quran tentang rezeki ianya juga mengingatkan kita bahawa rezeki itu juga berkait rapat dengan iman. Iman bukan sekadar dilafaz tetapi tindakan kita yang wajib berserah bulat-bulat kepada Ya Mughni.

(Puan Hartini Taman, Penulis Buku ‘A Rhythm Of Life’)

 

Subhanallah. Membaca buku ini membuat saya jelas akan apa itu rezeki. Farra telah berjaya mengupas tentang rezeki dengan begitu bernas sekali. Satu persatu, bab demi bab, penerangannya sangat terperinci dan cukup memberi inspirasi. Juga cadangan yang dianjurkan sangat realistik dan sudah pasti saya ingin mengikuti langkah pembaikan itu bagi memperbaiki diri seterusnya memperbaiki rezeki. Naskah ini sangat berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki. Semoga diberikan ilham untuk terus menulis. Alhamdulillah. Tahniah!

(Puan Hamida Asin, Penulis Buku ‘Catatan Rindu Infiniti’)

 Buku ini sangat berilmu dan berinfo. Yang best kena baca dari awal sebab ikut flow yang betul. Dari mindset dan potensi diri. Ia sangat menarik untuk tambah ilmu. Terima kasih kak Farra!

(Suriati Rudin, Penulis Buku ‘A Cup Of Coffee- Di Sebalik Tirai Besi)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ADA APA DENGAN REZEKI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *