TRAVELOG HIJRAH MENGENAL TUHAN

TARIKH TERBIT: 4.3.2021

ISBN: 978-967-2925-07-1
PENULIS: NURAIN PULIN SAYAU
PENERBIT: SMARTWORK SOLUTION PUBLISHING & TRAINING
MUKA SURAT: 122
HARGA: RM30


PENGENALAN:

Menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya satu

HIJRAH.

Bukannya merasa diri lebih baik.

.

Semua yang terjadi adalah satu fasa.

Sebuah proses perjalanan.

.

Rencana Tuhan,

Tidak ada yang silap tapi penuh pengajaran.

.

Saat diri rasa tidak bersalah

Ketika itu kita berdosa

Silapnya diri yang salah menyingkapi.

Usah persoal salah orang, usah risau silap insan, Kita punya buku amal,

Walau sebesar zarah kebaikan atau keburukan yang dikerjakan,

 Pasti ada balasannya.

Cukuplah…

Kematian itu sebagai nasihat….


Anda diuji lagi?

Yakinlah, Dia sentiasa beri jalan keluar.

Seperti kata Buya Hamka:

Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan darah.

 

Pandanglah setiap ujian itu dengan mata hati yang paling dalam kerana kita akan temui kebaikan di sebalik musibah.

 

Terima kasih ujian…

Dengan ujian kita mengerti…

Dengan ujian kita menghargai…

Dengan ujian kita diberi kesempatan…

Dengan ujian kita faham erti sebuah kasih sayang…

Terima kasih semua yang sentiasa bersama suka dan duka sentiasa menyokong.

Memberi cadangan memberi semangat…

Pesanku yang akhir,

Jika semalam kita pernah alpa..

Jika kemarin kita pernah salah langkah..

Usah gundah, usah risau…

Bak kata Pahrol Mohamad Juoi

“Adakalanya Allah takdirkan kita melakukan kesilapan pada waktu muda untuk mengelakkan kita melakukan kesalahan di waktu tua.”

Terus berfikir dan bimbang akan sesuatu perkara tidak akan mengubah sesuatu keadaan.

Andai ujian itu seperti tidak ada kesudahan, lalui dan jalani saja. Pasti itulah jalan terbaik..

Mungkin sudah sampai saatnya kita akan berpisah.

Terima sahaja kenyataan biarpun perit.

Redha akan segalanya.

Ayuh, kembalilah semula dalam pelukan sang pencipta.

Dari Dia kita datang, kepada-Nya kita kembali.

Bila saatnya tiba, kita akan pulang ke negeri abadi.

 

Semoga Allah redha pada kita semua!

Aamin!

Penulis telah mengikuti Bengkel Penulisan Memoir di Kota Kinabalu pada Ogos 2020.

Dapatkan buku TRAVELOG HIJRAH MENGENAL TUHAN di sini

Penulis Buku Travelog Hijrah Mengenal Tuhan

Email: 

smartworksolutionpublishing@gmail.com