DARI PETI SURAT BUNDA
TARIKH TERBIT: 1 Januari 2021
ISBN: 978-967-2925-06-4 (Malay Poetry)
PENULIS: NADIA NOOR
PENERBIT: SMARTWORK SOLUTION PUBLISHING & TRAINING
MUKA SURAT: 104
HARGA: RM30
ISI KANDUNGAN:
Isi Kandungan
35. CORONA -MUSIBAH ATAU HIKMAH
57. TAK MUNGKIN BISA DIWARISKAN
PENGENALAN:
1. HILANG
Satu masa apa yang kita miliki akan hilang
HILANG KAWAN
HILANG HARTA
HILANG KELUARGA
HILANG KERJAYA
Bila saatnya kita tidak pernah jangka
Iya, tiada benda yang akan kekal.
Yang pasti hilang itu sangat sakit
Jadi, bersedialah!
2. PELUANG
Semua mahu peluang kedua
Tapi tidak semua ada peluang kedua
Sekali boleh silap
Maka kau wajib diberi peluang itu
Dua kali silap
Maka kau harus diberi peluang itu sekali lagi.
Tiga dan empat dan seterusnya, maka MAAF PELUANG itu kau tidak layak terima lagi.
Sebab kau telah sia-siakan peluang yang ada!
3. PERLUKAH MINTA MAAF?
Nafsu paling jahat dalam hati adalah malu untuk meminta maaf.
Kalau minta maaf itu sudah berat dengan manusia bayangkan bagaimana meminta maaf dengan Tuhanmu?
Sedangkan Tuhan kata, ‘Aku ampunkan setiap hambaku yang mahu bertaubat’
Kenapa kita minta maaf dahulu?
Jawapannya adalah untuk membuka satu kunci iaitu tenang.
Tapi bukan aku yang salah kenapa aku perlu minta maaf?
Kawan, bila minta maaf dahulu berbanding memaafkan, kau akan jumpa ketenangan yang tidak semua akan mampu rasa.
4. RINGANKAN
Apa yang kita harapkan di dunia?
Kita mahu yang terbaik
Kita mahu yang terindah
Jangan terlalu dibebani bahu dan fikiranmu
Apa lagi beban emosimu
Ringankan bebanmu.
Untukmu suami, ringankanlah beban isteri dan anakmu.
Untukmu isteri, ringankanlah beban suamimu bila dia pulang ke rumah.
Untukmu anak, ringankanlah beban orang tuamu.
Untukmu sahabat, ringankanlah beban disekelilingmu.
Ringankanlah sedikit beban sekeliling kita agar hidup kita tenang dan tidak berat memikul masalah.
5. HIJRAH
Jangan terlalu disisakan
Segala penyesalan
Jika mereka tidak suka
Biarkan mereka
Cukuplah kamu berjuang di sana
Kalau tidak semuanya sia-sia
Sedang Nabi Muhammad hijrah ke Kota Madinah
Dan bermulalah kejayaannya selepas hijrah.
DAPATKAN BUKU INI DARI:
https://www.facebook.com/mimpinadeemedina.bunda