TRAVELOG HATI SEORANG MUALAF
TARIKH TERBIT: JANUARI 2021
ISBN: 978-967-2925-05-7
PENULIS: NABA
PENERBIT: SMARTWORK SOLUTION PUBLISHING & TRAINING
MUKA SURAT: 211
HARGA: RM39
ISI KANDUNGAN:
6. Air dicincang tak akan putus
8. Musim tengkujuh, derita si penoreh getah
10. Si penoreh yang berimpian tinggi
11. Dengar boleh, percaya jangan!
12. STPM: Satu langkah ke depan
13. Tidak pandai menari, lantai disalahkan
17. Takut meraja, pincang perilaku
19. Jangan melawan, Nanti sakit!
20. Hati ini milik tuhan yang mana?
21. Berhijrah: Titik mula hidup baru
23. Mengucap dua kalimah syahadah
24. Ukhuwahfillah, sahabatku..
32. Rencana Allah itu lebih baik
33. Letak kebergantungan kepada Allah
35. Biar Allah tentukan Waktu Terindah
PENGENALAN:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah,216)
Ini adalah ayat yang sentiasa memberi kekuatan dan keyakinan kepada aku bahawa setiap kesulitan yang telah dialami, semuanya adalah baik untuk aku walaupun kadang kala terasa berat.
Bukan senang menzahir kesabaran dan terus kuat mendepani ujian! Bukan senang nak didik hati, membesar dengan hati yang banyak monolog. Menyalahi takdir dan ujian tapi tidak menerima bungkusan dari Allah dengan senyuman.
Memendam rasa, tidak zahirkan,
“Ketika kamu merasa sangat terluka atas sikap orang lain, maka bedoalah kepada Allah agar kamu tidak berbuat seperti apa yang telah dilakukannya.”
Terima kasih untuk mereka yang hadir dalam hidup dan menjadi tarbiah dan ibrah dalam kehidupan. Kehidupan bermula dengan pemikiran berpusat untuk diri sendiri. Sehingga ruang lingkup pemikiran berubah untuk kenal dunia dan bercakap tentang dunia dan manusiawi.
Buku ini adalah konklutif bagi segala rasa sepanjang ingin dewasa. Buat hati yang selalu berkelu kesah dan merasa kosong.Baca jika mahu kenal dunia monolog sang mualaf Aisyah.Hati yang sentiasa su’udzon, menjadi huznuzon. Yang sentiasa dibalut rasa mazmumah, menjadi mahmudah.Yang sentiasa membandingkan, kepada rasa redha.
Allah is calling many time…
Sampailah bila tiba waktu panggilan Allah harus disambut.Itulah bahagian hidup seorang manusia bernama Aisyah, yang mencari Tuhan sehingga kembali fitrah dan usaha istiqamah.
Selamat bercinta dengan ujian!
PROLOG 1
Namaku Aisyah.
Nama yang besar maknanya dalam hidupku.
Nama yang mengubah hidup aku secara total, daripada rasa kosong kepada rasa memiliki, dan dimiliki.
Allah takdirkan aku hidup bersama nama ini, dan takdir Allah aku terima dengan tapak tangan terbuka.
Namaku Aisyah, dan aku pilih nama ini kerana seorang orang mudah sebut nama ini, nama ini mudah diingati dan nama ini satu amanah untuk setiap tubuh yang memiliki nama ini.
Menjadi lebih baik dari hari kelmarin itu adalah pilihan, dan aku pilih nama Aisyah kerana aku mahu belajar berbahasa cinta kepada semua orang di sekeliling aku terutama kepada Allah yang menjadikan aku.
Jihad dan hijrah adalah pilihan aku.
Namaku aisyah, dan ini adalah kisah aku.