Antara masalah penulis baru atau pemula adalah KURANG KEPERCAYAAN PADA DIRI SENDIRI. Selalu berfikir-fikir adakah penulisannya diterima? Atau apakah hal yang ditulis itu sampai ke hati pembaca?

Saya masih ingat lagi saat saya mulakan penulisan dulu, perasaan itu selalu datang.

‘Ok tak penulisan aku ni?’

Ternyata, saya tulis saja dan post di muka buku. Bila ramai yang like dan komen posting saya, ia memberi semangat untuk menulis lagi dan lagi. Tanpa saya sedar, saya semakin percaya pada diri sendiri yang mana penulisan saya telah diterima ramai. 

Saya ringkaskan ada 5 cara bagaimana mengatasi masalah kurang percaya diri, terutama buat penulis baru yang hendak berjinak-jinak dalam penulisan.

  1. Terima perasaan kurang percaya itu sebagai satu perasaan yang normal. Semua manusiapun seperti itu, di permulaaan kerjaya, kita akan ada perasaan tidak percaya diri. Jadi, berdamailah dengan ‘perasaan’ itu.
  2.  Ambil langkah pertama iaitu menulis di muka buku. Ia berbeza dengan menulis di diari. Antara tujuannya adalah mengasah bakat menulis dan melihat maklumbalas orang lain. Makin ramai yang akan beri maklumbalas positif, maka anda akan makin percaya diri. 
  3. Untuk percaya diri sebagai penulis yang baru menulis itu memerlukan proses. Dan proses itu perlukan masa dan tenaga. Oleh itu, bersabarlah dan teruskan perjuangan. Trust the process!
  4. Selalu berkata-kata positif dengan diri sendiri. ‘Aku yakin, aku akan jadi penulis yang berjaya! Aku sedang dalam proses untuk berjaya!’ 
  5. Sentiasa menambah ilmu pengetahuan dalam penulisan. Cari guru yang boleh membimbing agar hasil penulisan akan menjadi semakin baik dari hari ke hari. 

Itulah antara 5 tips untuk membina percaya diri buat penulis baru. 

Sekiranya anda ingin menambah ilmu tentang bagaimana teknik menulis yang berkesan, boleh tekan link ini untuk solusinya. https://farrawatisabli.com

‘Stop worrying, start writing’

By:

Puan Farrawati Sabli (Penulis Buku Motivasi Islamik, Penceramah dan Trainer WRITE)