Assasalamualaikum dan Salam Sejahtera!

 

Ramai yang bertanya, apakah buku inspirasi?

Buku inspirasi adalah buku yang boleh memberi kita semangat untuk berubah dan melakukan perkara yang baik berdasarkan kisah hidup seseorang itu. 

Di sini, ada 5 tips menulis buku inspirasi yang baik.

 

1. Mencari hikmah dan pengajaran

Bila menulis sesuatu kisah atau catatan kehidupan, pastikan ada terselit hikmah dari kejadian itu. Ia juga dikenali sebagai ‘Moral Of The Story’. Jika catatan kehidupan itu tiada terselit hikmah dan pengajaran, maka ia hanya seperti tulisan kita di dalam diari sahaja. Hanya catatan. 

Tanpa hikmah dan pengajaran, pembaca boleh persoalkan, ‘So what?’ 

 

2. Susun plot penceritaan dengan baik

Plot kisah kehidupan itu harus disusun dengan baik. Pastikan ada perubahan yang positif pada akhirnya. Contohnya, catatan kehidupan seorang penulis. Ceritakan dulu bagaimana perjuangan seorang penulis yang tidak mudah untuk mencapai impian. Kemudian, tulis perjalanan demi perjalanan sehingga berjaya.

Fasa sulit ——–> Fasa senang 

Pembaca boleh belajar daripada kisah anda sehingga terinspirasi ingin berjaya seperti anda!

 

3. Selitkan quote orang lain yang ‘mahsyur’

Tulisan anda akan lebih berkesan bila ada quote orang lain yang terkenal, yang selari dengan kisah anda. 

Contohnya, anda menulis tentang ujian hidup yang anda lalui. Dan, selitkan ‘Benarlah kata-kata Buya Hamka, hidup ini bukanlah satu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami dengan air mata.’

 

4. Ayat menyentuh bukan menyuruh

Gunakan ayat-ayat yang lebih menyentuh hati sanubari. Ia amat mudah bila kita menulis dari hati, kerana ia akan sampai ke hati pembaca. 

Elakkan atau kurangkan ayat arahan seperti, ‘Untuk menjadi individu yang positif, kamu haruslah berkawan dengan orang-orang yang positif’.

Ayat yang menyentuh adalah ‘Kita hidup di muka bumi ini tidak lama, dengan masa yang masih bersisa ini, mari kita cuba menjadi orang yang lebih positif serta cari kawan-kawan yang boleh membawa kita ke arah kebaikan. 

Beza bukan?

 

5. Guna ayat-ayat yang positif 

Jangan sesekali masukkan ayat-ayat negatif dalam penulisan buku inspirasi anda.

Contoh:

Bodoh, ubah ke tidak pandai.

Lembab, ubah ke tidak pantas

Penggunaan ayat yang positif akan memberi kesan yang baik dalam minda pembaca. InsyaAllah!

 

 

Oleh:

Farrawati Sabli

Penulis Buku Motivasi Islamik, Motivator dan WRITE Coach