Assalamualaikum dan Pagiii….

Ilham menulis yang baik adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa, namun boleh diusahakan. Bayangkan anda ingin menulis tentang ‘Pensil’, kemudian anda memandang pensil itu. Idea penulisan ketika itu hanyalah kegunaan pensil itu adalah untuk menulis. Itu saja. 

Tapi jika anda mampu berfikir lebih dalam lagi tentang pensil, anda akan memandang pensil itu dari cara berfikir yang berbeza.

PENSIL

Ada Apa Dengan ‘Pensil’?

Pensil, lakarannya boleh jadi indah. Boleh juga jadi duka.
Tatkala pensil menjadi tajam, maka lakarannya kemas dan indah dipandang.
Namun, tatkala pensil itu sudah jadi tumpul, maka lakarannya comot.

Begitulah hidup kita. Seperti pensil.
Andai kita ingin melihat keindahan hidup ini, tajamkan minda dan jiwa kita dengan mensyukuri aturan pencipta. Maka, kita akan melihat lakaran kehidupan ini indah belaka.

Apa yang penting, pemegang pensil itu iaitu diri kita sendiri.

Bertanya pada diri,

‘Sejauh mana tajamnya keyakinan kita pada keindahan takdir Allah SWT? Takdir ini telah pun tertulis sejak di Luh Mahfuz’

Teruskan menulis ‘perjalanan’ hidup ini.
Lakarkan apa yang telah tertulis dan apa yang telah dilalui.

Pasti akan jumpa keindahan. Insya-Allah!

Beza kan? Inilah yang dinamakan ‘Ilham’. 

Bagaimana mendapat ilham menulis perkara yang bermanfaat?

1. Sentiasa berpandangan positif

Fikiran yang positif membawa kita menulis sesuatu kebaikan saja. Husnuzon! InsyaAllah, tulisan anda akan memberi manfaat.

2. Tidak menghukum

Apapun yang ingin anda tulis, jangan cuba menghukum orang lain. Kerana itu bukan tugas kita sebagai manusia. Menghukum itu tugasnya Allah SWT. 

Contohnya, anda ingin mengulas kes kematian akibat didera yang tular di media sosial. Cukup hanya menulis tentang pengajaran, empati dan doa. Jangan segera menghukum ‘orang’ itu, kerana kita tidak berada ditempatnya. 

Penulis yang baik, misinya hanya untuk membawa dirinya sendiri dan orang lain ke arah kebaikan. 

3. Berlandaskan al-quran

Selarikan penulisan anda dengan Al-quran terutama bila menulis tentang sabar, syukur, solat, sabar dan semua tentang akhlak dan akidah dalam islam. 

4. Bersihkan hati

Banyakkan berzikir agar memperolehi hati yang bersih. InsyaAllah!

5. Perbanyakkan istighfar

Selalu merasa diri banyak dosa agar hati kita merendah diri pada Allah SWT. Jika tidak, kita jadi orang yang ‘sok’ baik, sedang hakikatnya hanya Allah SWT yang mengetahuinya. 

 

SEMOGA BERMANFAAT!

Farrawati Hj Sabli

Pengasas Bengkel Penulisan M.E.M.O.I.R