Pernahkah anda menulis manuskrip dan hantar ke penerbit? Setelah beberapa bulan menunggu, manuskrip anda ditolak. Huhhh!

Saya sudah mengalaminya sebanyak 5 kali. Hantar ke penerbit A, ditolak. Hantar ke penerbit B, ditolak. Sehingga 5 kali saya ditolak. Terasa seperti tidak mahu lagi teruskan penulisan. 

Namun, ketika itu saya memikirkan masa untuk menulis manuskrip itu bukanlah satu masa yang singkat. Andai saya tidak selamatkan manuskrip itu, maka saya kehilangan ‘masa-masa berharga’ yang dulu, akhirnya ia tidak menghasilkan apa-apa. 

Saya nekad untuk terbitkan sendiri buku. Saya belajar terbit sendiri. Ikut kelas. Dan akhirnya saya berjaya terbit buku pertama (self-publishing). 

Dan, Alhamdulillah, buku tersebut telah habis dan saya dapat banyak maklumbalas positif dari pembaca.

Saya menulis lagi buku kedua, dan terbitkan sendiri. Untuk buku ketiga, saya cuba hantar ke penerbit dan akhirnya ia diterima penerbit. Iya, Man Jadda Wa Jadah!

Apa manfaat dari manuskrip yang telah ditolak berkali-kali?

Ia telah memberi saya peluang untuk memperbaiki karya saya. Setelah membuat analisis terhadap karya yang ditolak, saya dapati ada 5 sebab kenapa penolakan ini berlaku. 

Nak tahu?

Baiklah, saya bongkarkan sebabnya.

1) Bila menulis buku motivasi, jangan terlalu banyak ayat arahan. Penulisan yang banyak ayat arahan ia tidak mampu menyentuh hati pembaca. 

Contoh ayat arahan: Untuk tenang, anda perlu memaafkan orang lain. 

Contoh ayat yang ‘deep’ dan menyentuh: Sampai bila biarkan dirimu serabut? Tidak tenang! Kawan, nak tenang, maafkanlah dia. Semudah itu kawan. Believe me!

2) Bila menulis buku motivasi, selitkan penceritaan. Jangan terlalu banyak ayat-ayat seperti penulisan rencana. Ia membosankan. Dengan bercerita dalam penulisan, pembaca akan dapat kaitkan cerita anda dengan kisah hidupnya. Mungkin ada persamaan. 

3) Pastikan ada moral of the story. Bila menulis penceritaan, pastikan anda selitkan pengajaran agar pembaca dapat belajar sesuatu dari cerita anda. 

4) Menulis buku motivasi, usah terlalu sarat dengan ayat yang sukar difahami. Ringkaskan, dan tulis santai-santai, tapi sampai. Bila penulisan itu terlalu sarat di satu page, ia akan menimbulkan kebosanan pada pembaca, apalagi jika terlalu banyak ayat yang diulang-ulang. 

5) Menulis buku motivasi, usah terlalu bercerita tentang ‘keindahan’ hidup yang anda nikmati. Anda kena ingat apa juga yang kita nikmati ini adalah atas izin Allah. Oleh itu, cara menulis kena seiring dengan betapa hebatnya Allah SWT mengatur kehidupan kita, bukan cerita tentang kehebatan kita. Part ni, faham tak? 

Bila saya perbetulkan semua kesilapan, alhamdulillah karya ketiga telah diterima oleh Penerbit Karya Bestari Karangkraf, dan buku tersebut telah menjadi Buku Motivasi Terbaik Karya Bestari.

Untuk teknik menulis buku motivasi yang efektif, saya kongsikan di sini https://farrawatisabli.com/