Adakah anda sudah lama berimpian ingin menulis buku?

Berikut 5 sebab kenapa buku tidak siap:

  1. Tidak menemui sebab utama, mengapa ingin menulis buku?

Tanyakan pada diri: Mengapa aku ingin menulis buku?

Mengapa tidak boleh tidak, ingin menerbitkan buku?

Tanyakan pada diri: Mengapa saya ingin menulis buku?

Mengapa tidak boleh tidak, ingin terbitkan buku?

Setiap individu mempunyai bakat dan keupayaan yang berbeza. Dalam aspek penulisan, ada orang menganggap menulis itu sebagai terapi. Ada orang menulis sebab ingin berkongsi pengalaman, mendapat pendapatan pasif, populariti, personal branding dan sebagainya.

Kita boleh belajar pelbagai kaedah penulisan dari guru dan buku. Terlalu banyak kaedah penulisan masa kini yang telah dibukukan, namun, berusahalah untuk mencari ‘BIG WHY’ anda menulis.

2. Tidak menemui diri sendiri

Menulis itu, lahirnya dari hati dan pemikiran hasil dari pembacaan, pengalaman, pendengaran dan penglihatan. Kesemuanya bergabung, menjadi sebuah penulisan yang boleh dibukukan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menemui diri sendiri, bagaimana anda menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Hati selalu tidak selari dengan minda. Dalam menulis, kita kena jujur. Jika kita hanya ingin menulis yang muluk-muluk sahaja, tetapi itu sebenarnya bukan dari hati. Itu yang buat ilham tersekat-sekat. Mudah sangat berlakunya ‘MENTAL BLOCK’. Tiada idea untuk terus menulis.

Jadi, ambil masa seketika, KENALI DIRI ANDA SENDIRI, MAKIN ANDA KENAL DIRI ANDA, MAKIN ANDA TAHU APA YANG HENDAK DITULIS.

3. Tidak konsisten menulis

Menulislah berterusan setiap hari. Menulislah tanpa henti sehingga ianya menjadi tabiat.

Tabiat bukan perkara yang kita buat setiap sabtu atau pada hari minggu. Bukan juga perkara yang kita buat 7 jam sehari. Jika begitu, itu namanya bebanan, sehingga kita akan berhenti sekerat jalan. Itu yang buat buku tidak siap-siap.

Tabiat adalah perkara yang kita buat setiap hari. Ianya mungkin hanya 30 minit atau satu jam sehari. Tapi setiap hari. Ini namanya istiqamah ataupun konsisten.

Menurut Tere Liye, tulisan yang baik adalah tulisan yang tidak dipaksa dan terpaksa. Perasaan ingin menulis itu lahir secara semulajadi.

4. Tidak berguru

Kita tidak akan tahu semua perkara.

Contohnya, kita mahir menulis, tapi kita tidak mahir memberikan tajuk dan ‘blurp’.

Bila buku siap, kita tidak tahu apa yang hendak dilakukan selepas itu.

Kita perlu seorang atau lebih guru yang membimbing kita, agar tulisan kita menjadi semakin baik.

Namun, INGAT!

Pastikan anda berguru dengan guru yang betul, yang mempunyai ‘RESULT’ yang bagus dalam penulisan.

5. Tidak bernetworking dengan komuniti penulis

Networking sangat penting bagi semua orang. Sebagai penulis, kita memerlukan pelbagai maklumat tentang dunia penulisan. Kita juga memerlukan rakan-rakan seperjuangan yang memahami jerih perih menyiapkan sebuah buku.

Ada masanya, kita merasa ‘down’ untuk menulis. Ada masanya, kita rasa malas untuk menulis. Tapi bila kita lihat penulis lain begitu produktif menghasilkan buku, dengan sendirinya kita akan termotivasi untuk menyiapkan buku kita.

Jom, kekalkan momentum menulis bersama kami di W.R.I.T.E.