Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Apakah yang dimaksudkan dengan penulisan berkesan?

Ia bermaksud, apa yang ditulis itu sampai ke hati pembaca. 

Pembaca faham apa yang dimaksudkan oleh penulis. 

Bayangkan anda menonton drama, pelakon yang membawa watak sedih. Anda boleh menangis.

Pelakon yang membawa watak jahat, anda boleh geram dan marah dengan pelakon itu. 

Ini bermakna, lakonannya berkesan.

Begitu juga penulisan, jadikan penulisan anda berkesan dan berbekas di hati pada pembaca. 

Bagaimana caranya? 

Di sini saya kongsikan 3 teknik menghasilkan penulisan yang berkesan.

1. Ikhlas dalam menyampaikan 

Ketika kita ikhlas dalam menyampaikan, pembaca dapat merasainya. Tanam dalam hati, ‘kita menulis bukan untuk menunjukkan kehebatan diri kita, tetapi kita menulis untuk menunjukkan betapa hebatnya Allah SWT mengatur hidup kita.’  

2. Jujur

Jujur ketika menulis. Ini perkara yang mahal. Ada penulis yang hanya ingin menulis sisi baik dalam kehidupannya. Tapi ada juga penulis yang bersedia menulis sisi buruk tentang dirinya demi untuk memberi pengajaran. 

3. Menulis dari hati

Sesuatu yang datangnya dari hati, maka akan sampai juga ke hati orang yang menerimanya. 

Sentiasa bersihkan hati dengan amalan-amalan zikir, sedekah, syukur dan sebagainya. 

Ini penting kerana apa yang kita masukkan dalam hati, itulah juga yang kita keluarkan. 

Jika kita berusaha bersihkan hati setiap hari, maka apa juga yang kita tulis atau cakap akan berhikmah dan berkesan, dengan izin Allah. 

 

Sekian untuk hari ini.

Selamat Menulis!

Farrawati Sabli

Penulis Buku Motivasi Islamik, Memoir Dan Inspirasi Kehidupan

Hadiah terindah buat ayahanda, Hj Sabli Nanti.
Buku ‘Kisah Guru Jadi Wira Masyarakat’