Selamat datang ke laman rasmi Farrawati Sabli! Saya adalah seorang penulis buku motivasi, penceramah berpengalaman, dan jurulatih penulisan yang berdedikasi untuk membantu anda merealisasikan impian menulis dan menyampaikan mesej bermakna kepada dunia.

Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan dan penerbitan, saya telah menghasilkan pelbagai buku, termasuk Ada Apa Dengan Ujian, Mudahnya Menulis Buku Motivasi, serta membimbing ramai penulis pemula hingga berjaya menerbitkan karya mereka. Buku-buku saya memfokuskan kepada membangun jiwa, sahsiah, dan motivasi diri, termasuk siri inspirasi untuk kanak-kanak Mama, Ajari Aku.

Sebagai seorang penceramah, saya telah dijemput ke pelbagai platform termasuk sekolah, institusi kerajaan, dan acara seperti Pesta Buku, untuk berkongsi ilmu tentang menulis, membangunkan potensi diri, dan meraih ketenangan dalam kehidupan. Antara topik kegemaran saya ialah Mudahnya Menulis Buku Motivasi, Jiwa Merdeka dan Anda Tenang Anda Menang.

Selain itu, saya juga menganjurkan bengkel khas seperti Write to Heal, di mana saya membantu peserta memahami kuasa penulisan untuk menyembuhkan emosi dan mencapai matlamat hidup mereka. Saya percaya bahawa setiap individu memiliki cerita yang unik, dan tugas saya adalah membantu anda menceritakan kisah itu dengan penuh kesan.

Bermula Januari 2025, saya ada perkongsian ilmu bertemakan Anda Tenang Anda Menang melalui slot Inspirasi 3.0 di LabuanFM, setiap hari selasa jam 7.30 pagi dan ulangannya jam 6 petang. 

Jika anda sedang mencari bimbingan untuk menulis buku, ingin mengundang saya sebagai penceramah, atau ingin menyertai bengkel penulisan, saya bersedia untuk bekerjasama dengan anda. Bersama, kita boleh mengubah impian anda menjadi realiti.

Terima kasih kerana melawat laman saya. Mari mulakan perjalanan anda hari ini!

Bersama-sama Puan Farrawati Hj Sabli di slot Inspirasi 3.0, Labuan FM, setiap hari selasa jam 7.30 pagi dan ulangan jam 6 petang.

7.1.2025 (Anda Tenang, Anda Menang) 

14.1.2025 (Langkah Tenang, Hati Menang)

21.1.2025 (Dimana Ketenangan?)

28.1.2025 (Damai Di Tengah Badai)

 

BUKU TERBARU!

KAU REMAJA HEBAT, JADI MANUSIA BERMANFAAT: Kuasai 3M (Membaca Kehidupan, Menulis Impian, Mengira Kesyukuran) 

KAU REMAJA HEBAT, JADI MANUSIA BERMANFAAT

farrawatisabli.com

Kau Remaja Hebat, Jadi Manusia Bermanfaat
Inspirasi Baharu untuk Remaja Malaysia

⚠️ Masalah Remaja Masa Kini

“Remaja hari ini bukan tiada potensi, tetapi ramai yang tidak tahu arah.”

Cabaran utama yang dihadapi:
– 📱 Terlalu terdedah kepada media sosial menyebabkan remaja hilang jati diri.
– 😔 Tekanan rakan sebaya sehingga rasa tidak cukup dan rendah diri.
– ❌ Kurang nilai kemanusiaan hingga terdedah dengan risiko buli, rogol, dan jenayah.

Jika dibiarkan, masalah ini boleh berkembang menjadi krisis sosial yang merosakkan masa depan generasi muda.


💡 Solusi: Buku yang Menyentuh Jiwa

Kenapa buku ini berbeza?
– ✍️ Ditulis dengan bahasa yang dekat dengan jiwa remaja
– ❤️ Menghidupkan semula nilai empati, tanggungjawab & keberanian
– 🚀 Mendorong remaja menjadi insan berguna kepada masyarakat

“Buku ini boleh dijadikan teman buat remaja untuk bimbingan jiwa.”

TENTANG PENULIS

Puan Farrawati Sabli 

(Penulis, Penceramah & WRITE Coach)

SIAPA YANG WAJIB MILIKI BUKU INI?

Sasaran Buku Ini

– Remaja sekolah menengah
– Ibu bapa dan guru yang mahu memahami jiwa remaja
– Institusi pendidikan dan komuniti yang prihatin

TENTANG BUKU
KAU REMAJA HEBAT, JADI MANUSIA BERMANFAAT!

Success is a JOURNEY, not a DESTINATION
(Since 2016)

JOM FOLLOW PUAN FARRAWATI DI MEDIA SOSIAL